Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Didenda RM634 Berpurdah...

STOCKHOLM - Seorang wanita berusia 28 tahun menjadi individu pertama didenda di Denmark...

Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan membentangkan cadangan menangani masalah kenaikan tambang pengangkutan...

Dua Maut, Dua Cedera...

ALOR SETAR – Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan...

7 Fakta Penting Pembunuhan...

PEMBUNUHAN jurutera asal Gaza, Palestin di Kuala Lumpur pada Sabtu, 21 April lalu...

10,000 Anggota APM Sedia Diatur Gerak Hadapi Banjir

SEREMBAN – Sebanyak 10,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedia diaturgerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi bencana banjir.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APM Datuk Selamat Dahalan berkata APM juga telah memperkemaskan koordinasi dan komunikasi bagi melancarkan proses bantuan yang akan diberikan kelak.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah mengadakan mesyuarat persiapan pada bulan lepas yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua minggu lepas di pengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memantau persiapan di setiap negeri.

“Kita (APM) juga di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah adakan mesyuarat yang turut disertai polis, bomba, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan yang berkaitan untuk melihat persediaan dari segi logistik, kekuatan keanggotaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Watikah Perlantikan Pegawai Bersekutu, Pegawai Pasukan dan Pegawai Tidak Bertauliah di sini hari ini.

Selamat berkata selain itu, APM pusat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah mengadakan beberapa latihan bagi mempersiapkan anggota yang terlibat sebelum melakukan tugas mereka ketika bencana.

“Latihan termasuk ‘table talk’ dan latihan sebenar untuk kita biasakan koordinasi, pemahaman komunikasi dan kebolehkeupayaan aset yang dimiliki setiap agensi terlibat untuk digunakan secara bersama.

“Sekarang ini, kita tumpukan persiapan sebelum bencana, termasuk bekalan makanan, kenal pasti lokasi pendaratan helikopter, menambah pusat pemindahan dan perbaiki kemudahan di pusat pemindahan sedia ada,” katanya.


Beliau berkata orang ramai diharap agar mempunyai kesedaran untuk membuat persiapan sebelum menghadapi musim banjir.

“Orang ramai sentiasa diuar-uarkan agar mereka lebih proaktif dan membuat persiapan yang diperlukan sebelum berlakunya bencana.

“Pastikan peralatan yang perlu diselamatkan, kita asingkan dahulu. Berpindah sebelum bencana adalah langkah terbaik bagi mengelakkan keadaan yang kelam kabut… kalau air sudah sampai pinggang baru nak pindah, susah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Selamat turut berharap dengan penjenamaan semula Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai APM, tiga aspek iaitu jumlah keanggotaan, aset, dan keupayaan dimiliki APM dapat disokong dengan sumber kewangan mencukupi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori