Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Generasi Muda Lihat Politik...

PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata sayap itu komited memperjuangkan...

Rishi Kapoor Meninggal Dunia

NEW DELHI - Legenda Bollywood, Rishi Kapoor meninggal dunia akibat kanser, di sebuah...

Wisma Putra Siasat, Lapor...

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar Negeri (KLN) akan menjalankan siasatan dalaman dan membuat...

Skandal Banglo: DAP Tak...

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka memberi keterangan berkaitan...

10,000 Dijangka Kunjungi Halal Malaysia 2016

IPOH – Seramai 10,000 orang dijangka mengunjungi program Halal Malaysia 2016 Peringkat Kebangsaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, dekat sini, selama tiga hari bermula 21 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dijangka merasmikan program anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) itu.

Menurutnya, program itu merupakan platform terbaik untuk para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengembangkan perniagaan mereka termasuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Ia antara lain bertujuan menyediakan platform kepada para penggiat industri selain memberi pendedahan mengenai peluang perniagaan dalam bidang halal,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Halal Malaysia 2016 di sini, hari ini.

Samsudin berkata sebanyak 200 ruang jualan dan pameran disediakan untuk usahawan, khususnya pengusaha produk halal dari sekitar Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Pameran dan jualan itu dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk agensi kerajaan, syarikat multinasional dan tempatan, institusi kewangan dan perbankan Islam serta sektor makanan dan minuman.


Selain itu, beliau turut menggesa kalangan usahawan bumiputera agar memandang serius dan bersikap agresif seperti usahawan bukan bumiputera dalam usaha mendapatkan sijil halal.

“Ia bukan soal jika kita Melayu atau bumiputera, secara automatik produk itu halal. Sebaliknya sijil halal ini juga merupakan satu standard yang dipandang serius di peringkat antrabangsa.

“Daripada 6,548 sijil halal yang dikeluarkan di peringkat nasional setakat tahun 2015, sebanyak 2,676 sijil adalah milik bumiputera dan 3,834 milik bukan bumiputera,” katanya.

Menurutnya, jumlah eksport halal usahawan bumiputera juga jauh ketinggalan berbanding bukan bumiputera pada kadar nisbah 1:7 iaitu hanya 12.7 peratus bumiputera manakala 87.3 peratus adalah bukan bumiputera. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Halal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori