Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ibu Puteri Balqis Jawab...

Dalam muat naik entri di laman sosial Facebook peribadinya semalam, pengarah drama yang...

Ucapan Ketua UMNO Permatang...

KUALA LUMPUR - "Memang adat pemimpin politik adakalanya niat asal ucapan mereka disalah...

Tolak Sikap Mudah Berpuas...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota perkhidmatan awam...

Kem. Sumber Asli &...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini mensasarkan penanaman sebanyak...

11 Anggota Misi WBG Termasuk Dr Fauziah Dibebaskan

KUALA LUMPUR – Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) Dr. Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.

Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.

Beliau berkata, menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla.

Ia terletak di sebuah bandar di tengah Israel dan mereka akan dibawa ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang Ben-Gurion, dekat Tel Aviv.

Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.


Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung tentera laut rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda pasukan keselematan Israel ke Pelabuhan Ashdod. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori