Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jualan Sentuhan Rakyat Bantu...

GEORGE TOWN - Bayangkan satu tin kecil sardin hanya dijual harga 20 sen...

Kes Rasuah Tidak Dapat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat memperincikan semua kes...

Azwan ‘Surprise’ Muncul Lancar...

GEMPAR... Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ibu...

Lori Dinaiki Terbabas, 3...

PAPAR - Sepasang suami isteri dan seorang anak perempuannya maut, manakala empat lagi...

13 Pati Ditahan Dalam Op Bersepadu PTI Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Polis menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam ‘Op Bersepadu PTI’ di beberapa rumah sewa dan perumahan setinggan di sekitar pusat bandar raya ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua yang ditahan itu hasil pemeriksaan terhadap 25 individu dalam operasi lebih 6 jam bermula 1 pagi di rumah sewa di Sinsuran, Kingfisher dan perumahan setinggan berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Polis turut menahan seorang lelaki yang didapati positif dadah dalam ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi di Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Beliau berkata operasi itu dilaksanakan berikutan aduan orang awam dan tumpuan operasi adalah kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah dan pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.


“Operasi meroboh beberapa rumah setinggan yang dikenal pasti di kawasan berhampiran bangunan DUN Sabah dan Kingfisher oleh pihak berkuasa akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menurutnya operasi yang berakhir pada 6.30 pagi itu diketuai tiga pegawai bersama 64 anggota termasuk daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori