Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

12 Tan Coklat Beku...

WARSAW - Sebuah trak membawa 12 tan cecair coklat dilaporkan terbalik di lebuh...

Tiada Kes baharu Chikungunya...

ALOR SETAR - Tiada kes baharu Chikungunya yang dilaporkan di seluruh Kedah sehingga...

95 Terbunuh Serangan Bom...

BEIRUT - Serangan udara tentera Syria terhadap kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS)...

PM: Debat Terbuka Tidak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan debat secara terbuka dan...

15 Motosikal, Kereta Terbakar Dipercayai Perbuatan Khianat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 motosikal dan sebuah kereta terbakar di tempat letak kenderaan di Flat Hang Tuah di sini awal hari ini, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata dalam kejadian pada pada kira-kira 3.30 pagi itu, sebahagian dinding sebuah rumah yang dijadikan stor barangan turut terbakar.

Katanya, pasukan forensik Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah menemui sebotol cecair disyaki petrol yang digunakan untuk membakar kenderaan berkenaan.

“Tiga sampel dan sebotol cecair itu diambil untuk ujian di makmal,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata tidak terdapat Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan kejadian namun, saksi serta pemilik kenderaan yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan.


Zainol berkata punca kejadian masih disiasat, namun seorang saksi mendakwa ternampak dua lelaki keluar daripada sebuah kereta dan mencurahkan minyak dan membakar motosikal berkenaan.

Kes diklasifikasikan sebagai khianat dengan menggunakan api dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori