Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Segmen Maritim Tarik Lebih...

LANGKAWI - Pameran segmen maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'17)...

Ganggu Main Mahjong, Ibu...

BEIJING - Seorang wanita dituduh mengurung anak lelakinya berusia tiga tahun di dalam...

Premium Insurans Pesawah Dijangka...

PASIR SALAK - Premium insurans pesawah padi yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi...

Anggota ASEAN Perlu Tangani...

MANILA - ASEAN yang kini mempergiatkan usaha ke arah pertumbuhan ekonomi yang tinggi...

167 Pengemis Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Januari – Jun

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama beberapa agensi telah menyelamatkan 167 pengemis kanak-kanak di seluruh negara dari Januari hingga Jun tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata daripada jumlah itu, 67 kanak-kanak merupakan warganegara Malaysia dan 100 merupakan warga asing, manakala 81 dari mereka adalah lelaki dan 86 perempuan.

“Operasi menyelamatkan kanak-kanak tersebut dijalankan oleh kementerian bersama pelbagai agensi termasuk pihak polis, imigresen dan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan KPWKM di Tesco Mutiara Damansara, di sini hari ini.

Justeru, Rohani menyeru ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka termasuk yang dihantar ke sekolah berasrama dan sekolah pondok.

Sementara itu, Rohani berkata kementerian kini sedang mengesan waris 12 kanak-kanak perempuan warga tempatan yang diselamatkan daripada menjadi mangsa eksploitasi sindiket untuk meminta sedekah dalam satu operasi di Ipoh, Perak awal pagi semalam.

Katanya, kanak-kanak berumur lingkungan 11 hingga 13 tahun itu kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Negeri Sembilan.


“Pada masa yang sama pemeriksaan kesihatan sedang dijalankan ke atas kanak-kanak itu sama ada terdapat unsur paksaan dan penderaan ke atas mereka.

Mereka masih dalam trauma dan masih dalam proses kaunseling. Mereka mungkin dieksploitasi dan di’basuh otak’ sebegitu rupa jadi masih dalam ketakutan,” katanya.

Katanya dua suspek telah diberkas dan sedang disiasat oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam eksploitasi kanak-kanak dengan menjadikan mereka peminta sedekah, menjual ubat-ubatan herba dan kalendar Islam.

Operasi berkenaan dilaksanakan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hari Bertemu Pelanggan KPWKM diadakan bertujuan menyediakan satu saluran bagi penyelesaian masalah pelanggan dan aduan awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori