Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Barcelona, Real Madrid Tersingkir...

BARCELONA dan Real Madrid tersingkir daripada saingan Piala Raja Sepanyol selepas Athletic Bilbao...

Rundingan Awal Agihan Kerusi...

KUALA TERENGGANU : Pakatan Harapan (PH) sudah memulakan perbincangan bersama Barisan Nasional (BN)...

8 Jawapan Pedas Lagi...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim yang dikenali ramai atas sifat...

Kementerian Fokus Atasi Isu...

KUCHING – Kementerian Utiliti Sarawak akan memfokus kepada kawasan-kawasan yang kini terjejas dengan...

17 Anak Kapal Vietnam Ditahan Tentera Thailand

SONGKHLA – Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) menahan sebuah bot nelayan yang berdaftar di Malaysia dan 17 anak kapal rakyat Vietnam di perairan berhampiran Narathiwat, semalam.

Komander RTN Wilayah Songkhla Pornchaisuree Pintong berkata bot nelayan dan anak kapal itu ditahan pada 5 petang (waktu tempatan) ketika kapal RTN melakukan rondaan di perairan berkenaan.

“Bot itu memiliki nombor pendaftaran KNF 7568 dan berdaftar di Malaysia. Ia ditahan di Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) Malaysia-Thailand kira-kira 40 batu nautika dari Narathiwat,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya pemeriksaan akan dibuat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam untuk mengetahui lebih lanjut tentang bot nelayan itu termasuk sama ada ia dicuri atau ada pihak bersekongkol dengan rakyat Vietnam terbabit.

Bot nelayan itu dikatakan berlepas dari Kiangyan di Vietnam, katanya.


Kesemua anak kapal rakyat Vietnam itu ditahan di penjara Songkhla dan berdepan hukuman denda dan penjara dua tahun jika didapati bersalah menceroboh perairan Thailand.

Pornchaisuree berkata pihaknya menahan sembilan kapal dan bot Vietnam serta 59 anak kapal sepanjang tahun ini.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori