Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Apa Masalah Pembangkang Dengan...

PEMBANGKANG tak habis-habis dengan agenda tersirat dan terbuka untuk memburukkan dan menjejaskan pertahanan...

Polis Selangor Bendung Kes...

SHAH ALAM – Langkah membendung aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekolah serta...

Jumlah Sebenar Mangsa Tanah...

BATANG KALI: Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic...

Harimau Jadi `Hadiah’ Bulan...

Sepasang pengantin baru, Sumit Rathore dan isterinya, Shivani pasti tidak akan melupakan pengalaman...

1,853 Tuntutan Buruh Majikan Gagal Bayar Gaji Minimum

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,853 tuntutan buruh berhubung kegagalan majikan membayar gaji minimum difailkan setakat 31 Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abu Muttalib berkata pemeriksaan dijalankan Jabatan Tenaga Kerja mendapati 549 kes selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh, manakala selebihnya masih dalam siasatan jabatan berkenaan.

“Sejumlah 112,057 majikan melaksanakan gaji minimum kepada pekerja selepas Perintah Gaji Minimum 2016 dikuatkuasakan pada 1 Julai lepas,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang ingin tahu tindakan diambil kerajaan kepada majikan yang ingkar membayar gaji minimum.


Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, berkuat kuasa mulai 1 Julai lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori