Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khairy Yakin Skuad Olahraga...

KUALA LUMPUR - Skuad olahraga negara dilihat mampu meraih tiga pingat emas dalam...

Kerajaan PH Sedia Tangguh...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini menjelaskan proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai...

‘Ustak Ipang’ Makin Tersohor...

KUALA NERUS - Sejak muncul di pentas bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan...

India Dakwa Bangunkan Vaksin...

NEW DELHI – Saintis India mendakwa telah membangunkan vaksin sejagat yang berkesan ke...

2 Beranak Melecur Dalam Kebakaran Di Lahad Datu

LAHAD DATU – Dua beranak melecur apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Buang Sayang, kira-kira 14 kilometer dari sini, terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Waasi Laali, 50, melecur di bahagian muka dan tangan manakala anak lelakinya berusia lapan bulan, Gairel Latiga, melecur di tangan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.53 pagi dan mengerahkan dua jentera beserta lapan anggota yang diketuainya sendiri ke lokasi.

Menurutnya pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 9.09 pagi dan api berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 9.22 pagi.


“Ketika kami tiba di lokasi, api sedang marak. Selain rumah, sebuah kereta turut musnah dalam kebakaran ini,” katanya.

Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori