Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nurul Izzah Kemuka Pencalonan...

PETALING JAYA - Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan borang pencalonan bagi mempertahankan...

Gempa Bumi 6.9 Magnitud...

LOMBOK - Gempa bumi kuat menggegarkan Lombok, Indonesia, sebentar tadi, dua minggu selepas...

Isu LCS, SPRM Sudah...

KUALA LUMPUR: Dakwaan pelbagai pihak kononnya tiada tindakan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab...

Jangkitan Covid-19 Di Korea...

PYONGYANG – Korea Utara kelmarin melaporkan 262, 270 lagi kes disyaki Covid-19 ketika...

2 Warga Malaysia Bawa 20Kg Dadah Di Palembang

JAKARTA – Polis menahan dua rakyat Malaysia dan merampas 20 kilogram dadah jenis syabu dalam serbuan ke sebuah rumah kedai di Bukit Kecil, Palembang di Sumatera Selatan semalam.

Media-media dalam talian hari ini memetik Ketua Polis Sumatera Selatan, Djoko Prastowo sebagai berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis Markas Besar dari Jakarta dan Polis Sumatera Selatan mengekori kedua-dua lelaki terbabit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang.

Katanya kedua-dua lelaki berumur 27 dan 22 tahun terbabit dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa dari Malaysia dan memasuki ke negara republik itu bagi tujuan pengedaran dadah.

Beliau berkata, setelah kedua-dua lelaki terbabit menginap di sebuah rumah kedai tidak jauh dari kota Palembang itu pada kira-kira pukul 10 pagi, polis terus membuat serbuan dan menahan mereka untuk membantu siasatan.

Setelah membuat pemeriksaan badan dan bagasi, polis menemui 20 kilogram dadah jenis syabu yang dipercayai dibawa masuk dari Malaysia.


Djoko berkata kes itu diserahkan kepada Markas Besar Polis di Jakarta dan kedua-dua lelaki terbabit dibawa ke Jakarta bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

1 komen

  1. Semua orang tahu Palembang itu Negeri orang
    jahat Dan banyak preman penyangak Yang memeras ugut orang memandu kenderaan Dan motorsikal
    dengan menuntut Wang laluan secara haram
    kenapa Ada Pula orang Kita Dari Malaysia ni nak perginkenegeti itu. Polis Di Sana tak buat kerja
    untuk membanteras jenayah dinegeri itu sebaliknya
    cenfetung Cari kesalahan warga asing terutama
    Malaysia Yang sering disyaki mengedar dadah.
    Banyak tempat lain Di Indonesia boleh dilawati
    tetapi bukan Palembang datang penjahat Yang
    sering merompak Di Malaysia.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori