Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Saya Sedia Jumpa PPIM”...

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagenddran sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia...

Lawak.. Polis Serbu Rumah...

PASTINYA Sarah Ericsson tidak akan dapat melupakan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-21...

Naikkan Subsidi Bahan Bakar...

BAGAN DATUK - Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi...

Sah! Liverpool… Alisson Penjaga...

ALISSON menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah selepas Liverpool bayar Roma sebanyak...

2 Sahabat Maut, Seorang Parah Nahas Di Bukit Beruntung

KUALA LUMPUR – Dua remaja lelaki maut manakala rakan mereka cedera apabila motosikal yang dinaiki mereka bertiga bertembung sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Adenium, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, J. Jeganraj dan K. Sasi Dharan, masing-masing berusia 16 tahun, maut di tempat kejadian manakala mangsa ketiga yang cedera parah hanya dikenali sebagai Arun, 18.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata motosikal ditunggang Jeganraj bersama dua lagi rakannya bertembung kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun.

“Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa terpelanting ke kiri jalan. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Supramaniam berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori