Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lawatan Pasangan Diraja Cerminkan...

KUALA LUMPUR - Lawatan tujuh hari Putera Charles, Prince of Wales, dan isterinya...

Pemain Dram Kumpulan Lefthanded...

KUALA LUMPUR - Man Dayak, pemain dram kumpulan Lefthanded telah kembali ke rahmatullah...

NHRAP: Memelihara Hak Asasi...

PUTRAJAYA - Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) yang dilancarkan hari ini...

Pertama Kali Suami Puasa,...

TERSENGIH-sengih kami jadinya melihat ragam suami Lana Nodin, David McKienzie yang tidak sabar-sabar...

2 Sindiket Dadah Didalangi Warga Nigeria Tumpas

KUALA LUMPUR – Pihak polis menumpaskan dua sindiket dadah yang didalangi warga Nigeria yang menggunakan syarikat perkhidmatan kurier bagi menjalankan kegiatan mereka.

Dalam lima serbuan di sekitar Selangor dan ibu negara dari 30 Sept hingga Selasa lepas, lapan suspek berusia antara 25 dan 38 tahun termasuk empat warga Nigeria ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mokhtar Mohd Shariff berkata operasi oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) turut merampas dadah lebih 6 kilogram yang disyaki ganja dan syabu bernilai RM163,000.

“Dalam tiga serbuan pada 30 Sept hingga 1 Okt di sekitar Petaling Jaya, Puchong dan Cyberjaya, polis menahan dua lelaki warga Nigeria, seorang lelaki dari Republik Guinea, seorang lelaki warga Uganda serta seorang wanita tempatan.

“Dalam serbuan itu, sejumlah 3.9 kilogram dadah disyaki ganja dan 106 gram disyaki syabu bernilai RM19,000 dirampas selain dua kenderaan Proton Persona dan Perodua Viva disita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Mokhtar berkata dalam serbuan berasingan di sekitar Kepong dan Cyberjaya pada Selasa pula, polis menahan dua lagi lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Indonesia.

“Polis menemui kira-kira dua kilogram dadah disyaki syabu yang dibawa masuk daripada Mumbai, India yang disorok dalam kotak tali leher dan kafling melalui syarikat perkhidamatan kurier bernilai RM144,000.

“Selain wang tunai RM1,250, turut disita ialah sebuah kereta Proton Wira Aeroback,” katanya yang menambah ini merupakan kes pertama dadah disyaki ganja dibawa masuk ke negara ini dari Nigeria.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori