Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah Tiga Beradik Selamat...

BACHOK - Jenazah tiga beradik, yang maut selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah lori...

LHDN Mohon Kes Saman...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon supaya kes samannya terhadap...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Rantau...

2 Maut, Seorang Cedera...

KUCHING - Dua maut, seorang cedera parah manakala empat lagi cedera selepas kereta...

3 Ditahan Bantu Siasat Kes Tembak Di Balingian

KUCHING – Polis menahan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang mati ditembak di Ulu Sungai Arif, Balingian semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata ketiga-tiga mereka adalah penduduk di sekitar kawasan kejadian.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku selepas sekumpulan lelaki termasuk mangsa dipercayai cuba memasuki kawasan kepungan yang didirikan penduduk kampung.

“Akibat kejadian itu mangsa telah ditembak dipercayai dengan menggunakan senapang patah sehingga menyebabkan kematiannya. Namun terlalu awal untuk menentukan punca kejadian.


“Ketiga-tiga mereka kini ditahan untuk proses siasatan dan proses untuk tahanan reman juga sedang dilakukan,” katanya.

Mazlan turut memberi amaran supaya orang ramai tidak menggunakan laman sosial untuk mencetus dan meruncingkan keadaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori