Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lagu Baru Dapat Sambutan,...

SELEPAS hampir sebulan putus tunang, Sufian Suhaimi kini sudah semakin tabah dan reda...

CIMB Raih 21 Anugerah...

KUALA LUMPUR - CIMB Group meraih 21 anugerah pada Anugerah Kewangan Islam Asset...

PATI Guna Cap Palsu...

IPOH - Seorang lelaki warga Vietnam disyaki menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen antara...

Awas Penyeludupan Di Sempadan...

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang aktiviti penyeludupan lembu dari...

2 Kakitangan JHEAT Dituduh Palsu Surat Nikah

KUALA TERENGGANU – Tiga lelaki termasuk dua kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah bagi mengeluarkan surat dan kad nikah palsu di antara Mei hingga Jun lepas.

Mohd Yazuan Yatim, 31, dan Mohd Raduwan Abu Bakar, 43, yang bertugas sebagai pembantu operasi JHEAT serta Eirman Yusdie Ahmad Hanafiah, 34, yang bekerja sendiri berdepan pertuduhan rasuah iaitu menerima suatu suapan wang tunai bernilai RM1,500 dan RM2,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat perakuan nikah dan kad nikah melalui prosedur tidak sah.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Yazuan dan Mohd Raduwan secara rasuah menerima suapan wang tunai RM1,300 dan RM1,000 sebagai upah untuk menyerahkan kesemua dokumen tidak sah itu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi Eirman Yusdie, yang menghadapi tiga pertuduhan, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM900 sebagai dorongan untuk menyediakan surat dan kad nikah diikuti RM1,300 sebagai upah melakukan perbuatan itu di samping memalsukan rekod perkahwinan di antara Mohd Nizam Adam dengan Nurzara Sofea Hafiz.

Dia memalsukan rekod perkahwinan itu seolah-oleh surat dan kad nikah pasangan itu dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang.


Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz kemudian membenarkan Mohd Yazuan dan Mohd Raduwan diikat jamin RM5,000 dan RM7,000 manakala Eirman Yusdie RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Nov ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • palsu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori