Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Berhati-Hati Barangan Kemas Ditawar...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan...

Polis Selamatkan 26 Mangsa...

BUKIT MERTAJAM - Polis menyelamatkan 26 wanita Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan...

Tak Ada Sebab Masam...

AIR dicincang tidak akan putus, begitulah juga seperti hubungan sesama adik beradik antara...

Jenazah Thaqif Masih Elok...

SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang...

30 Wartawan Rasai Pengalaman Jadi Bomba

KUALA LUMPUR – Tiga puluh orang pengamal media diberi peluang merasai pengalaman sebagai anggota bomba dan penyelamat dalam Latihan Pengukuhan Bersama Pihak Media di Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa di sini, lewat malam tadi hingga awal pagi ini.

Latihan yang dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur selama lima jam berakhir 2.30 pagi itu disertai pelbagai organisasi media seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Harian Metro, Berita Harian dan Radio Televisyen Malaysia.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata program yang dijalankan itu merupakan latihan yang sebenarnya untuk pegawai kanan bomba setiap enam bulan bertujuan mempertingkatkan lagi keupayaan mereka.

“Latihan kali ini disertai 60 pegawai kanan JBPM Kuala Lumpur dan ia kali pertama dilakukan bersama media.

“Kami jemput media untuk merasai pahit manis bertugas sebagai anggota bomba dan apakah cabaran yang dihadapi,” katanya pada Latihan Pengukuhan Bersama Pihak Media itu.

Antara latihan yang dijalankan adalah teknik memadam api dengan betul dan cara menyelamat mangsa di tempat tinggi.

Wartawan Utusan Malaysia, Roskhoirah Yahya, 26, berkata beliau berasa bertuah kerana diberi peluang memakai pakaian anggota bomba yang dianggarkan seberat 21kg.

“Memang ini pengalaman yang berharga dan sukar diperoleh, ini kali pertama saya dapat memakainya biasanya tengok dari luar sahaja.


“Baju yang anggota bomba pakai sangat berat dan kalau basah beratnya akan bertambah seterusnya menyukarkan untuk bergerak,” katanya.

Roskhoirah berkata latihan yang diadakan juga sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal.

Sementara itu, wartawan Bernama, Mohd. Amirul Sajadi, 23, berkata pengalaman memasuki kawasan sempit dan gelap dalam latihan simulasi yang diadakan memang tidak dapat dilupakan.

“Bayangkan bagaimana berada di dalam kawasan gelap dan panas, saya perlu mencari sendiri jalan keluar.

“Memang saya rasa macam bukan simulasi, latihan ini memang sukar dan menguji ketahanan mental,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori