Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM4.24j Dermasiswa Pelajar Perlis...

KANGAR Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan lebih RM4.24...

Najib Saran Tubuh VIC...

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan setiap agensi kerajaan...

BN Tak Angkuh, Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sindiran...

Misi Angkasa Lepas China...

SHANGHAI - China berjaya melancarkan misi angkasa kendalian manusia terbarunya hari ini dengan...

50,000 Disasar Jadi Pengikrar Derma Organ Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50,000 pengikrar derma organ disasarkan tahun ini berikutan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mendaftar sebagai penderma organ.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye berkata statistik menunjukkan peningkatan pengikrar penderma organ iaitu 362,450 orang sehingga September tahun ini berbanding hanya 159,701 orang pada 2010.

“Ini memberi gambaran bahawa masyarakat kini lebih peka tentang kepentingan menderma organ dan tahu ada orang yang memerlukan organ untuk meneruskan hidup.

“Namun, di sebalik peningkatan signifikan ini, jumlah itu masih lagi rendah…banyak ruang dan peluang perlu diperbaiki untuk meningkatkan lagi jumlah pengikrar dan penderma,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan 2016 di perkarangan Stesen LRT Bangsar di sini, hari ini.


Program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan Ride and Talk #Jombincang, yang berkonsepkan kempen jalanan kali ketiga, diadakan mulai hari ini hingga 15 Okt di seluruh negara.

Ketua Pengurus Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional Dr Fadhilah Zowyah Lela program tahunan anjuran Kementerian Kesihatan itu bertujuan menggalakkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori