Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Warga Emas, Ibu Tunggal...

JOHOR BAHRU - Kalangan warga emas dan ibu tunggal yang menerima Bantuan Rakyat...

Kimanis Kekal Milik BN,...

BEAUFORT - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk...

48 Jam 1,500 Tempahan,...

KHAMIS depan, Perodua secara rasminya akan melancarkan model baharu Myvi yang dijanjikan dengan...

PRU-14: Usul Tak Perlu...

DEMAN Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin penuh debaran apabila Datuk Seri Dr....

6 Warga Thai Miliki Dadah Berbahaya Diberkas Di Langkawi

LANGKAWI – Enam warga Thai, seorang daripadanya wanita, diberkas dalam satu operasi polis tengah malam tadi di kawasan Bukit Malut di sini kerana disyaki memiliki beberapa jenis dadah berbahaya.

Antara dadah yang ditemukan ialah 16 gram heroin yang boleh menyebabkan mereka dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt. Dr. Che Ghazali Che Awang berkata dalam serbuan bermula pukul 12.45 tengah malam itu, kesemua suspek, berumur antara 25 dan 40 tahun ditangkap di dalam sebuah rumah yang dibina di atas permukaan laut.

“Selain heroin, turut ditemui adalah satu keratan penyedut minuman yang disyaki mengandungi 10 gram syabu, 1.5 liter cecair di dalam botol dipercayai air ketum dan dua ikat daun ketum seberat 50 gram,” katanya.


Menurutnya operasi itu juga berjaya memberkas enam lagi individu yang disyaki penagih dadah di kawasan yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori