Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Jejak Dua Bekas...

PUTRAJAYA - Polis sedang menjejaki dua bekas pekerja sebuah taska di Presint 15...

Joe Flizzow Belajar Kursus...

MENCARI ilmu tidak harus setakat menggenggam segulung ijazah, sebaliknya ilmu dituntut untuk dicari hingga...

Hati-Hati Dengan Pemimpin Umpama...

LIMBANG - Rakyat diingatkan agar tidak menyokong sesetengah pemimpin yang bersikap umpama 'keluang...

Guru Besar Sekolah Hilang...

KUALA KUBU BHARU - Operasi mencari dan menyelamat guru besar sebuah sekolah rendah...

75 Anggota ATM Terima Pingat Kerajaan Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Seramai 75 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dianugerahkan pingat RAAD ALSHAMAL daripada kerajaan Arab Saudi atas penglibatan dalam ‘Eksesais Thunder Of The North’, awal tahun ini.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata penganugerahan itu adalah satu pencapaian besar buat ATM dan anggota yang terlibat.

“Ini merupakan penganugerahan kali pertama kepada anggota yang terlibat dalam melaksanakan sesuatu latihan ketenteraan.

“Diharap kerjasama dalam melaksanakan latihan ketenteraan secara bersama dengan Arab Saudi akan dapat dilaksanakan lagi di samping dapat mendedahkan anggota ATM dalam persekitaran yang berbeza,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Kedutaan Arab Saudi di sini, malam tadi.

Penyampaian pingat itu disempurnakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al-Rasheed.


Eksesais bermula 16 Feb hingga 10 Mac lepas itu, menyaksikan Malaysia antara 20 negara Islam yang dijemput kerajaan Arab Saudi untuk melaksanakan eksesais pelbagai hala berkonsepkan ‘Command Post Exercise (CPX)’ dan ‘Field Training Exercise (FTX)’ yang berlangsung di Utara negara berkenaan.

Selain Malaysia, antara negara lain yang terlibat ialah Jordan, Bahrain, Oman, Qatar, Maldives, Mesir dan Pakistan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori