Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Antara Sapura Energy Rafizi...

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba mengangkat kebencian rakyat terhadap pemimpin...

Malaysia Masih Destinasi Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini...

SKMM Jangka Kes Jenayah...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangka kes jenayah buli...

Tiada Keperluan Buka Semula...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengulangi komitmennya untuk terus membantu...

8 Anggota Polis Leka Berjudi, Layan Air Ketum Ditahan

IMEJ Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘tercalar’ sekali lagi apabila lapan anggota pasukan itu ditahan ketika sedang leka bermain judi di sebuah kedai makan di Jalan PJS 8/15, Bandar Sunway, di sini, petang semalam.

8 Anggota Polis Leka Berjudi, Layan Air Ketum Ditahan

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu, lapan anggota itu sedang leka bersama ‘judi 21’ dengan dua orang awam.

Anggota yang ditahan membabitkan seorang konstabel dan tujuh lans koperal dari Balai Polis Sungai Wang, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Balai Polis Taman Melawati, Ampang Jaya berusia dari 26 hingga 52 tahun.

8 Anggota Polis Leka Berjudi, Layan Air Ketum Ditahan

Difahamkan, seorang anggota berpangkat lans koperal dari Unit Rondaan Bermotor, Balai Polis Sungai Way berjaya meloloskan diri ketika serbuan.

Polis turut merampas 50 botol yang mengandungi cecair dipercayai air ketum di dalam kotak.

Semua anggota yang ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.


 

8 Anggota Polis Leka Berjudi, Layan Air Ketum Ditahan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tangkapan itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang polis berpangkat lans koperal ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan dua buah kereta yang diparkir dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kes berkenaan masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun serta denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori