Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Eropah Kaji Vaksin Pfizer-BioNTech...

AMSTERDAM - Agensi Kawal Selia Perubatan Eropah (EMA) mula menilai penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi...

Pelajar Tahun 6 Mati...

MERSING - Seorang pelajar darjah enam meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam...

Wanita Turki Hafal Lagu...

HEROIN drama bersiri Dia Semanis Honey, Siti Nordiana atau Nana menerusi laman Instagram...

Henti Spekulasi Saya Gabenor...

WASHINGTON - "Hentikan spekulasi saya sebagai Gabenor Bank Negara," kata Datuk Dr Awang...

8 Lagi Laporan Polis Dibuat Bantah Bersih 5.0

KLANG – Lapan laporan polis dibuat hari ini bagi membantah dan menyekat penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka pada 19 Nov ini.

Laporan berkenaan dibuat oleh lapan pertubuhan bukan kerajaan di Selangor iaitu Alumni 4B Selangor, Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan (PPSK), Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor (PKHSS), Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Belia 4B Kota Raja, Persatuan Kebajikan Warga Emas Muhibbah Selangor, Alumni 4B Kota Raja dan Persatuan Penduduk Jalan Kota Raja.

Naib Pengerusi Alumni 4B Selangor, Ab Rahman Nordin menyifatkan perhimpunan itu adalah tindakan sia-sia yang tidak memberi kebaikan sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

“Jika Bersih 5.0 ini terus dianjurkan, maka akan ada pula Himpunan Baju Merah… kami tidak menyokong mana-mana pihak sebab yang kami mahu adalah untuk hidup aman damai di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori