Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Terkejut Jumpa...

YAN - Seorang warga emas terkejut menjumpai seorang bayiperempuan yang baru lahir di...

Pertambahan Penyokong Pada Hari...

PUTRAJAYA:  Hari kedua prosiding rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

SPR Mudahkan Proses Mengundi...

PUTRAJAYA - Setiap lima tahun sekali seluruh negeri akan menyambut ‘raya’ yang menentukan...

Jangan Politikkan Bantuan Saya...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menegaskan pembangkang tidak sepatutnya...

9 Warga Australia Mohon Maaf ‘Spender’ Jalur Gemilang

MAHKAMAH Sesyen Sepang hari ini membebaskan sembilan warga Australia tanpa sabitan selepas mengaku bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh dengan memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang pada perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, Ahad lalu.

Tertuduh, Branden Stobbs, 29; Edward Leaney, 25; Nicolas Kelly, 27; Thomas Laslett, 28; Thomas Whitworth, 28; James Paver, 27; Adam Pasfield, 25; Timonthy Yates, 29; dan seorang anak diplomat Jack Walker, 26; yang juga staf di pejabat Menteri Industri Pertahanan Australia, Christopher Pyne.

Mereka yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia susulan perbuatan mereka ketika menyaksikan perlumbaan itu.

Hakim Harith Sham Mohamed Yasin berpendapat kelakuan semua tertuduh adalah tidak bersesuaian dan mencemarkan Jalur Gemilang yang menjadi simbol kebangaan negara.

Namun begitu, Hakim Harith mengambil kira usia tertuduh dan tempoh reman selama empat hari yang dikenakan sebelum ini dapat memberikan keinsafan kepada sembilan warga Australia itu.


“Saya dengan ini memberi amaran dan melepaskan semua kamu daripada pertuduhan ini,” katanya hari ini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun keseksaan kerana menyebabkan kacau ganggu yang membawa hukuman denda tidak melebih RM400. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori