Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harimau Belang Hiasi Ikon...

BERSEMPENA Hari Kebangsaan 2016 yang disambut oleh Malaysia pada hari ini, laman enjin...

Apakah PM Lupa Umum...

DEBARAN.... Genap dua minggu selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tarikh 23...

Satu Negeri Satu Insinerator...

SHAH ALAM – Kerajaan menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu insinerator atau loji...

Urusan TNB Secara Dalam...

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh membayar bil dan menguruskan pelbagai hal lain...

Aaron Aziz Bawa Keluarga Tunai Umrah, November Depan

SETELAH saban hari berkerja, pelakon terkenal Aaron Aziz bakal berehat seketika untuk membawa isteri dan tiga cahaya matanya ke tanah suci untuk menunaikan umrah, pada November depan.

Walaupun ini adalah kunjungannya yang ketiga ke Tanah Suci, namun Aaron akui nyata lebih teruja kali ini kerana disertai oleh anak-anaknya iaitu Danish Anaqi, 11; Dwi Ariana, 9; dan Dahlia Arissa, 5.

 “Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami.

“Saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan ibadat haji, suatu hari nanti. Doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, suami kepada Diyana Halik ini menafikan kerjaya seninya semakin suram.

Sebaliknya, Aaron mendakwa baharu sahaja menamatkan penggambaran drama untuk sebuah saluran televisyen di Singapura.


“Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan. Saya juga tidaklah menghilangkan diri, sebaliknya sibuk dengan penggambaran.

“Pada masa sama, menjadi lumrah apabila nama seseorang artis itu tenggelam timbul. Begitupun, saya bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong kerjaya seni saya,” katanya lagi.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori