Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

5 Projek Loji Rawatan...

ALOR SETAR - Lima projek berkaitan menaik taraf loji rawatan air bernilai lebih...

Piala Malaysia: Mat Yo...

Kuala Lumpur - Bojan Hodak tidak menyalahkan penyerang Norshahrul Idlan Talaha selepas Harimau...

Mayat Remaja Lelaki Dikerat...

TANGKAK - Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini...

2022 Jadi Tahun Pemulihan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis...

Achey Hilang Fokus, Bapa Parah Akibat Kemalangan

BAPA kepada pelawak Achey iaitu Hamzah Salam, 79, cedera parah selepas mengalami kemalangan jalan raya di Labis, Segamat Johor kira-kira pukul 9 pagi Isnin.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, berkata, keadaan bapanya kini semakin stabil selepas hampir sembilan jam mendapat rawatan kecemasan di Hospital Segamat.

“Saya terkejut mendapat berita pagi semalam (Isnin) daripada seorang rakan yang membantu ayah saya dalam kemalangan itu dan perasaan ketika itu sungguh berkecamuk.

“Alhamdulillah, pagi ini dia sudah sedar dan boleh bercakap, doktor beritahu anggota badan bahagian kirinya cedera teruk termasuk pinggang dan rusuk patah, selain terdapat pendarahan di kepala.

“Tekanan darah pula terlalu rendah dan esok ayah akan menjalani pembedahan untuk masukkan besi pada tulang yang patah,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Bapa Achey cedera bahagian kiri akibat kemalangan jalan raya.
Bapa Achey cedera bahagian kiri akibat kemalangan jalan raya.

Achey berkata, kejadian tersebut berlaku ketika bapanya keluar untuk membeli sarapan pagi dan motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi di sebuah persimpangan.

Tambahnya, dia yang berada di Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat bersama penyampai radio Era iaitu Ray bergegas balik ke kampung.

“Nasib baik juga saya di Johor Bahru kerana ada mesyuarat, Ray hantar saya balik kampung kerana saya sudah jadi lembik dan tidak boleh memandu memikrikan keadaan ayah saya itu,” ujarnya.


Sementara itu, Achey yang terlibat dalam program akhir Super Spontan Super Star pada Jumaat ini mengakui tidak dapat membuat sebarang latihan.

Pada awalnya dia membuat keputusan untuk menarik diri bagi memberi tumpuan menjaga ayahnya.

“Saya sudah hubungi pihak Super Spontan untuk menarik diri tapi adik-beradik serta ayah saya sendiri tidak benarkan.

“Sudah tentu saya akan hilang fokus kerana inilah kali pertamanya saya bertanding pada pertandingan akhir tidak dihadiri oleh ayah dan ibu serta ahli keluarga lain,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori