Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kami Percaya Hodgson 100...

BASEL - Kapten England, Wayne Rooney menegaskan keseluruhan skuad England menyokong penuh pengurus,...

GAMBAR: Keindahan Dekorasi Dalaman...

WAH, siapa mampu menidakkan kecantikan dan keindahan yang terdapat dalam singgahsana terbaharu Sultan...

Seorang Lagi Warga China...

PUTRAJAYA - Seorang lagi pelancong China disahkan positif koronavirus menjadikan jumlah pesakit yang...

Jambatan Sultan Yusuf Ditutup...

IPOH - Penutupan Jambatan Sultan Yusuf terpaksa dilanjutkan berikutan penemuan kecacatan serius yang...

Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung untuk hari kedua di Istana Negara di sini.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang, dengan diiringi menteri besar masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir pada mesyuarat itu diiringi ketua menteri masing-masing.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan esok bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Disember.

Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.


Namun terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan Raja yang berada pada kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain, bukan Raja yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan Raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan Raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya Raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori