Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Samsung Galaxy A3 &...

Samsung Malaysia memulakan tahun 2015 dengan melancarkan beberapa siri telefon pintar terbaru dalam...

Blok Baharu PAS Gabung...

KHABARNYA blok baharu pembangkang yang diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di...

Ingati Dan Contohi Nilai...

MELAKA - Anggota UMNO perlu mengingati dan mencontohi nilai ketaatan, kesetiaan dan ketulenan...

Ahmad Zahid Ketepikan Gesaan...

KUALA TERENGGANU - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau...

Ahli Enrich Dapat Diskaun Hingga 70 Peratus Penebusan

KUALA LUMPUR – Program kesetiaan Malaysia Airlines, Enrich, menawarkan ahlinya penebusan penerbangan sehingga 70 peratus antara Kuala Lumpur dan London mulai sekarang hingga tengah malam 16 Oktober 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata perjalanan itu sah mulai hari ini hingga 4 Disember 2016.

“Dengan penebusan daripada serendah 90,000 batu bagi Kelas Perniagaan dan 117,000 batu untuk Kelas Pertama, ahli akan menikmati perjalanan sebenar penuh gaya dan selesa,” kata Ketua Program Kesetiaannya, Khairul Nisa Ismail.

Beliau berkata, ahli Enrich juga boleh menikmati pengalaman premium ke atas menu Chef-On-Call di kelas Pertama dan Perniagaan, selain peruntukan bagasi serta keistimewaan yang lebih eksklusif.


“Mereka boleh menebus mata Enrich Miles untuk tiket penerbangan, sama ada satu hala atau pergi-balik, manakala mereka yang tidak mempunyai mata yang mencukupi, masih boleh meraih manfaat tawaran ini menerusi perbatuan wang tunai,” katanya.

Sementara itu, Khairul berkata ahli juga boleh memperoleh tawaran hebat daripada rakan kongsinya, seperti pembekal laman web hotel, Kaligo, yang menawarkan 70 peratus lebih perbantuan Enrich ke atas setiap tempahan yang dibuat sebelum 4 Disember 2016, dengan penginapan sehingga 30 April 2017. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori