Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelayan Letak Jawatan Kerana...

HANYA kerana diminta oleh bosnya supaya memakai bra ke tempat kerja, seorang pelayan...

Pindaan Akta 355 Sekadar...

KUALA LUMPUR - PAS mengalu-alukannya sekiranya kerajaan bersedia membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah...

Zul Ariffin Akui Sudah...

RAMAI yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah...

Serangan Di Makkah: Jemaah...

PUTRAJAYA - Jemaah haji Malaysia tidak perlu panik dan risau dengan insiden serangan bom berani...

Air Pasang Besar: Penduduk Kuala Muda Akur Berpindah

SUNGAI PETANI – Penduduk di sekitar pantai Kuala Muda yang pada mulanya enggan berpindah walaupun air laut mula memasuki rumah mereka, akhirnya terpaksa akur dan berpindah ke pusat pemindahan yang telah dibuka sejak awal pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati hujan yang lebat sejak pukul 9 malam hingga 12 tengah malam tadi menyebabkan paras air naik dengan mendadak.

Saifurizal Mohammad, 51, dari Kampung Masjid berkata air mula naik di sekitar kawasan rumahnya sejak tengah hari semalam, namun kembali surut pada sebelah petang, namun hujan lebat pada waktu malam telah menyebabkan paras air naik semula.

“Petang semalam air tidak masuk dalam rumah saya, tetapi malam tadi air yang masuk turut bercampur selut telah masuk dalam rumah saya hingga mencecah paras betis.

“Saya bersama isteri mengambil keputusan untuk ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala pada 12.30 tengah malam.

“Kami pergi ke pusat pemindahan secara sukarela kerana gerun mendengar deruan ombak yang kuat, selain risau akan keselamatan kami berdua,” katanya kepada Bernama.


Saifurizal berkata dia dan isterinya pulang ke rumah pada pukul 6 pagi tadi selepas keadaan air kembali surut dan terpaksa membersihkan bahagian dalam rumahnya yang dipenuhi selut.

“Saya dan isteri bergilir-gilir mencedok selut. Tetapi kami bersyukur kerana tiada barangan yang rosak kerana ia telah diletakkan di tempat yang tinggi.

“Malam ini saya akan tengok keadaan cuaca dan angin dahulu. Kalau tidak kami akan tinggal di rumah, tetapi sekiranya keadaan teruk, kami akan ke pusat pemindahan,” katanya.

Sehingga pukul 5 pagi, jumlah mangsa yang dipindahkan di beberapa buah kampung di Kota Kuala Muda kekal 85 orang daripada 24 buah keluarga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori