Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gengster Di Sarawak Tiada...

MIRI - Polis mengenal pasti Sibu sebagai lokasi utama kegiatan gengster di Sarawak...

Lelaki Maut Ditembak Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 36 tahun maut akibat ditetak dengan parang...

Tiada Lagi Slogan 1Malaysia...

SLOGAN 1Malaysia yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal digantikan...

Sultan Selangor Hadiri Rumah...

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri...

Aktiviti Pembalakan Di HSK Balah Masih Ditangguhkan

KOTA BHARU – Kerajaan PAS Kelantan belum menarik balik arahan penangguhan sementara semua aktiviti pembalakan yang dikuatkuasakan pada 3 Oktober lepas di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, di Gua Musang.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Zahari Ibrahim berkata dua syarikat yang diberi lesen pembalakan di bawah pemegang konsensi, Kumpulan Perkayuan Kelantan Sdn.Bhd (KPK), masih menunggu arahan terbaru daripada kerajaan negeri.

“Setakat ini masih belum ada keputusan untuk membenarkan kerja-kerja pembalakan di kawasan HSK Balah itu disambung semula,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 3 Okt lepas, kerajaan negeri mengeluarkan arahan itu selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di Gua Musang sejak 26 Sept lepas.

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah yang berhampiran dengan kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mereka mendakwa aktiviti itu merosakan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahari berkata penduduk Orang Asli di kawasan itu bebas untuk memasuki kawasan HSK Balah manakala individu atau pihak lain wajib memohon permit untuk masuk ke situ.


Katanya, pihak yang ingkar dengan peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 47(e) Akta Perhutanan Negara 1948 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tiga tahun.

Beliau berkata anggota jabatannya membuat pemeriksaan di laluan masuk ke HSK tersebut sejak akhir bulan lepas, bagi memastikan pihak luar tidak menceroboh kawasan hutan tersebut tanpa permit.

“Kita tidak mahu pihak luar termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mewakili Orang Asli sewenang-wenangnya memasuki HSK Balah dan mengelirukan penduduk dengan pelbagai dakyah sehingga mencetuskan kekacauan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori