Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Unik.. KLM Bina Hotel...

Transformasi adalah usaha merubah sesuatu ke arah lebih baik .Sekiranya berjaya, sebarang perkara...

China Sah Demam Babi...

BEIJING - China telah mengesahkan satu penularan baharu wabak demam babi Afrika di...

Amy Mastura Terus Terima...

PETALING JAYA - Pelakon dan penyanyi Amy Mastura tidak serik untuk membawakan watak...

Siti Sarah Sifatkan Shuib...

SIAPA tak kenal dengan pasangan yang baharu sahaja beberapa bulan lepas melangsungkan majlis...

“Aku Lihat Seluruh Wanita Lebih Manis” – Si Suami

SEORANG pengguna laman mikro Twitter @watlek0 memuat naik satu perkongsian yang dipetik daripada laman Facebook Ustaz Iqbal Zain yang bertajuk ‘Tundukkan Pandangan Matamu’.

Menerusi petikan yang dikongsikan itu, ia adalah berkisar tentang seorang suami mengadu kepada seorang Syeikh apabila merasakan dirinya tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki.

Al-kisahnya bermula apabila si suami yang pada ketika itu belum lagi mengahwini isterinya. Pada waktu itu, calon isterinya merupakan wanita terbaik dan tercantik pernah diciptakan untuknya.

Namun segalanya beransur-ansur berubah tatkala dia meminang calon isterinya. Si suami merasakan suri hatinya itu tidak tumpah seperti wanita kebanyakan dan biasa-biasa sahaja.

Tambah parah lagi apabila dia merasakan wanita yang ada di sekelilingnya jauh lebih cantik dan manis daripada isterinya.

Namun pertanyaan dan kata-kata yang diutarakan oleh Syeikh itu kepada si suami menyentap jiwanya.

Jom ikuti perbualan antara si suami dan Syeikh berkenaan.

"Aku Lihat Seluruh Wanita Lebih Manis Darinya" - Si suami

“Berkata Syeikh: Mahukah engkau, aku beritahu perkara yang lebih dasyat dan lebih pahit daripada itu?

Jawab lelaki itu “Ya, mahu”

Berkata Syeikh: Sekalipun engkau nikahi seluruh wanita di dunia pasti anjing di jalanan yang berkeliaran itu lebih cantik pada pandangan engkau daripada mereka semua.


Lelaki itu terkejut : Kenapa Syeikh berkata demikian?

Kerana masalahnya itu bukan terletak pada isterimu, tetapi masalahnya apabila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng dan kosong dari rasa malu pada Allah Taala, maka orang itu tidak ada yang boleh memenuhi pandangan matanya kecuali tanah perkuburan.

Lelaki itu tertunduk.

Sekarang kamu inginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu sepertimana pertama kali kamu melihatnya? Yang mana ia adalah wanita tercantik di dunia? Tanya Syeikh tersebut.

“Ya ,ingin ya Syeikh”

“TUNDUKKANLAH PANDANGAN MATAMU” ujar Syeikh mengakhiri bicara.

Perkongsian yang dimuat naik itu telah diretweet hampir seribu dan like sebanyak 422 kali. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori