Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tingkatkan Amalan 3W, Jauhi...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan pendekatan 3W...

Mufti Perlu Keluarkan Fatwa...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen dari pembangkang meminta mufti dan pihak berwajib...

Pelik Tiada Hujan, MRR2...

SELANGOR sekali lagi cipta sejarah apabila 'mewah dibanjiri' air meskipun tiada hujan berlaku...

Pengurus Jadi Mangsa, Che...

NAMPAKNYA kenyataan 'pedas' pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain yang mempersenda individu bertubuh besar...

Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016

SHAH ALAM – Peserta dari Selangor, Amir menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir program Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam Ahad.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 20, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, biasiswa pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), kredit beli-belah bernilai RM5,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Pada peringkat akhir itu, Amir menyampaikan dua buah lagu iaitu Romantis nyanyian asal Spring dan single pertamanya ciptaan Sri Kandi dan Hang Nadim berjudul Pemilik Cinta.

Amir juga menerima trofi Fantasi D’Herbs dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Naib juara pula milik Ammal, 21 yang menyampaikan lagu Bukan Diriku dan lagu baharu yang dicipta oleh DJ Fuzz, Adik Viral, Al Abbas dan Yus Zai iaitu Aku Kejar pada peringkat akhir itu.

Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016
Amal (kiri), Amir dan Reshma bersama trofi kemenangan masing-masing.

Ammal berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, kredit beli-belah sebanyak RM4,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Tempat ketiga pula milik Reshma, 18, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, kredit beli-belah bernilai RM3,000 tajaan 11 Street dan trofi.

Reshma menyampaikan lagu nyanyian asal Lady Gaga, Bad Romance dan sebuah lagu baharu ciptaan Edry Abdul Halim berjudul Sayang Jadi Benci.

Manakala Ara dan Afi masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Bagaimanapun mereka tidak pulang dengan tangan kosong dan menerima hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM10,000 dan RM5,000.


Mereka juga menerima kredit beli-belah bernilai RM2,000 tajaan 11 Street berserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Pengetua AF2016, Datuk Shake.

Turut hadir pada acara itu adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan isteri, Datin Seri Raya Erom.

Dalam pada itu, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengkritik.

Amir Tepati Ramalan Juara Akademi Fantasia 2016
Kumpulan KRU membuat kejutan apabila tampil mengadakan persembahan istimewa di pentas Akademi Fantasia 2016.

Pada malam kemuncak itu turut memperlihatkan kemunculan kumpulan KRU mengadakan persembahan lagu medley popular mereka selain Akim & The Majistret dan Indigo.

Ia dihoskan oleh Zizan Razak dan Alif Satar.

AF2016 turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori