Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PRU14: DAP Sudah Tunjuk...

DAP nampaknya telah mula menunjukkan nafsu untuk menyusun kabinet harapan mereka menjelang Pilihan...

Penjara 9 Tahun, Denda...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara sembilan...

Guna Perkataan Kurang Sopan,...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini...

Belanja RM30 Juta Tapi...

SELURUH dunia terkejut apabila juara bertahan, Jerman memulakan kempen Piala Dunia 2018 mereka dengan...

Anak Bekas Presiden Uzbek Ditahan Di Hospital Gila

ANAK perempuan kepada bekas presiden Uzbekistan yang telah meninggal dunia, Gulnara Karimova dilaporkan ditahan di hospital sakit mental oleh pengganti bapanya yang kini menjadi pemangku presiden, Shavkat Mirziyoev.

Gulnara, 44, yang merupakan seorang sosialit glamor, bintang pop, pereka barang kemas professional dan lulusan universiti Harvard ini dimasukkan ke hospital berkenaan tidak lama selepas kematian bapanya, Islam Karimov akibat strok pada awal bulan ini.

gulnara

Dia dikatakan ‘disumbat’ di hospital berkenaan dalam usaha Shaykat menghapuskan pesaingnya bagi jawatan Presiden.

Gulnara merupakan anak sulung kepada pemimpin kuku besi itu dan sebelum ini dilihat sebagai pengganti kepada bapanya.

Dakwaan berkenaan dibuat oleh komuniti Zdorovya Karimovu dalam akaun Facebook.

Penahanan tersebut menandakan pengakhiran kepada seorang wanita yang dianggap sebagai seorang puteri berambut merah yang terkenal dan berkuasa.

Dia pernah menjadi subjek kepada siasatan berhubung penggubahan wang haram di Amerika Syarikat dan Switzerland.


Gulnara juga pernah dikenakan tahanan dalam rumah selepas didakwa terlibat rasuah ala mafia dan dipercayai menjadi pemegang amanah kepada £770 juta dana yang telah dirampas oleh Switzerland..

Dalam pada itu, bekas duta Britain, Craig Murray pernah menggambarkan Gulnara sebagai seorang yang cantik tetapi umpama karakter wanita dalam filem James Bond yang boleh membawa maut.

“Graduan Harvard, pemilik beberapa perniagaan, pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri, fasih empat bahasa, pereka barangan kemas professional, penyajak dan penyanyi pop nombor satu.

“Gulnara Karimova adalah satu pakej. Lebih kaya dari Paris Hilton, tidak dinafikan bijak dan seksi,’’ katanya.

Gulnara telah diharamkan daripada menghadiri upacara pengebumian bapanya manakala harta bapanya akan diagihkan kepada golongan elit yang memerintah. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori