Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Abby Abadi, Norman Hakim...

MUNGKIN jarang sekali dibuat orang kan? Tapi ini adalah realiti apabila pelakon, Norman...

Umat Islam Dinasihat Berhati-Hati...

KOTA BHARU - Umat Islam di negeri ini harus berhati-hati dalam menderma kepada...

Pembangunan Herba Perkasa Industri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan Bahagian Pembangunan Herba...

2 Cedera Pokok Tumbang...

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera selepas dihempap sebatang pokok...

Anggota Parlimen Lahir Simpati Keluarga Mangsa HSA

KUALA LUMPUR – Beberapa anggota Parlimen hari ini melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, sambil berharap peristiwa seumpama itu tidak berulang.

Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan memeriksa semula peralatan di hospital-hospital kerajaan yang telah lama beroperasi.

“Peralatan yang digunakan mungkin sudah lebih usianya 10 sehingga 15 tahun. Jadi sudah sampai masanya untuk kementerian melihat semula peralatan-peralatan hospital ini supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 oleh Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Khoo yang menyokong cadangan itu berkata kebakaran itu merupakan tragedi yang amat besar, apatah lagi ia berlaku di hospital yang menempatkan ramai pesakit.

Menurutnya kebakaran di hospital boleh mengundang senario yang buruk memandangkan terdapat pesakit yang terlantar dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Dalam kejadian yang bermula 8.56 pagi ini, enam pesakit, terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki maut. Mereka adalah antara tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Dua kakitangan HSA dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang lagi petugas dirawat di HSA akibat terhidu asap.


Dalam pada itu, Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa sambil berharap pihak berkuasa akan melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai kebakaran itu.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli (PAN-Kuala Krai) pula meminta supaya siasatan kes tidak dilakukan terlalu lama bagi mengelakkan spekulasi berhubung punca kebakaran.

Beliau turut meminta kerajaan menambah peruntukan kepada Kementerian Kesihatan bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan di hospital awam.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori