Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Terengganu Yakin Menang 2/3...

MARANG - UMNO Terengganu yakin Barisan Nasional (BN) dapat memenangi pilihan raya umum...

Buat Kenyataan Jelik Terhadap...

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan...

Abdullah Kassim Meninggal Akibat...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara...

44 ‘Keldai Akaun’ Ditahan,...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 44 orang...

Anggota Polis Antara 8 Maut Kemalangan Di Kota Belud

KOTA KINABALU – Anggota polis antara lapan individu yang maut dalam dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa Herlin Naxe Jeffery, 26, anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan abangnya Frenwell Jeffery, 31, serta seorang lagi mangsa Ellyzek Johnny, 28, maut dilokasi kejadian apabila kereta Proton Gen 2 dinaiki mereka terbabit dalam nahas itu.

Katanya, mangsa lain yang maut ialah penumpang dalam sebuah lagi kereta Proton Saga iaitu Hamirah Mohamad Salleh, 39, Aidil Abd Jumat, 8, Vera Adira Jalius, 6, Nur Syikah Abd Jumat, 3, dan Neta Ramlan,37.

Dua daripada mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital.

“Siasatan awal mendapati kenderaan Proton Gen 2 yang dinaiki mangsa dari arah Kota Belud menuju ke Kota Marudu dan ketika sampai di lokasi kejadian kereta berkenaan telah bertembung dengan kereta Proton Saga dari arah bertentangan.


Pada masa yang sama dua kenderaan iaitu Perodua Kancil dan Toyota Hilux dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Belud cuba mengelak daripada kemalangan itu terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan dan (penumpang dan pemandu) hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 5.59 pagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori