Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rais Komen Isu Darurat,...

Keadaan bencana banjir yang masih melanda di beberapa buah negeri terus menjadi tanda...

UTeM Bina Asrama Tampung...

ALOR GAJAH - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bakal membangunkan asrama bernilai kira-kira...

Fouziah Gous Sah Hamil...

SELAIN Wawa Zainal dan Erin Malik, pelakon dan pengacara popular Fouziah Gous turut...

Bunga Mayat Rasaksa Mekar...

Bunga mayat raksasa mekar untuk pertama kali - ia memerlukan masa 10 tahun untuk berlaku selalunya.

Angkat Perabot Berat Dengan Cara Paling ‘Sempoi’

MENGANGKAT barangan yang berat seperti perabot memerlukan teknik dan cara yang betul bagi mengelak sebarang kecederaan.

Jika tidak dikendalikan dengan baik, ia akan membuatkan anda terasa sakit di sekitar belakang badan selain mampu memberikan kecederaan serius.

Perkara ini penting kerana sesetengah kita mungkin tidak sedar bahawa beban yang dibawa tidak mampu ditangung oleh badan.

Namun bagi syarikat pengeluar tali pengangkut beban Forearm Forklift, cara-cara pengendalian yang betul dan selamat amat dititikberatkan.

Forearm Forklift memudahkan pelbagai barangan berat seperti perabot, tilam, almari, televisyen dan sebagainya hanya memerlukan tenaga dua individu sahaja.

Cara penggunaannya adalah dengan cara melaraskan tali secara bersilang di tengah-tengah objek, kemudian memautkannya pada bahagian badan atau lengan.

Apabila tali dilaraskan secara bersilang, secara tidak langsung ianya membuatkan objek yang diangkat mempunyai pautan yang kuat bahagian di tengah.

Ini secara tidak langsung membuatkan berat objek tersebut dikurangkan secara sama rata ekoran ‘titik tengahnya’ telah dibahagikan kepada dua.


Angkat Perabot Berat Dengan Cara Paling 'Sempoi'

Angkat Perabot Berat Dengan Cara Paling 'Sempoi'

Angkat Perabot Berat Dengan Cara Paling 'Sempoi'

Material yang digunakan untuk tali Forearm Forklift mampu menampung beban seberat 350kg, selain direka agar had tinggi yang diingini mengikut postur badan boleh dilaraskan dalam keadaan menegak.

Konsep yang diguna pakai oleh Forearm Forklift ini sebenarnya merupakan teknik sama yang diguna pakai oleh pendaki-pendaki gunung ketika mengendong beg besar.

Jika ingin memilikinya, anda boleh berkunjung ke laman web Amazon atau layari laman sesawang www.forearmforklift.com. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori