Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jijik! Tahi Kucing Bergelumang...

MEMUALKAN! Itu ungkapan paling layak diberi terhadap situasi yang dirakamkan oleh seorang individu...

15 Wanita Warga Asing...

ALOR SETAR - Seramai 15 wanita warga asing ditahan Imigresen Kedah dalam Op...

‘Swafoto Kubur’ Johan As’ari...

AKIBAT memuat naik sekeping swafoto di tanah perkuburan, pelakon Johan As'ari telah dikecam...

Kekukuhan ASEAN Suatu Keperluan...

KUALA LUMPUR - Malaysia sentiasa tekal dalam memperjuangkan idea bahawa kejayaan dan kekukuhan...

Rohani: Bapa Budak Jatuh Eskalator Boleh Didakwa Cuai

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan ibu bapa yang lalai dalam menjaga anak-anak sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang terjatuh dari eskalator ketika duduk di atas bahu bapanya di sebuah kompleks membeli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Kami bukan mahu menghukum tetapi memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk tidak lalai dan berjaga-jaga dengan keselamatan anak mereka sendiri.

“Pegawai kami sudah dihantar untuk memberikan kaunseling kepada ibu bapa kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita (MPPW) di kementeriannya di sini.

Rohani berkata, bapa mangsa berdepan dengan tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan apabila didapati bersalah ianya akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, jika mengikut Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016, seseorang inddividu yang mempunyai kawalan terhadap kanak-kanak yang menganiayai mereka boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali dan wajib menjalankan perintah khidmat masyarakat (CSO) tidak kurang 38 jam atau tidak kurang 240 jam dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perintah.

Katanya, pindaan akta berkenaan sudah diwartakan dan dikuatkuasakan pada Januari tahun hadapan.


“Kami memandang perkara ini sebagai satu yang serius kerana sudah banyak kali diingatkan tetapi masih juga berlaku,” katanya.

Sementara itu, dalam mesyuarat yang disertai pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), koperat dan swasta itu membincangkan perkara mengenai pembangunan wanita.

Rohani berkata, MPPW diharapkan dapat memperluaskan mandatnya untuk bertindak sebagai Lead Agency dalam menggiatkan penglibatan kaum wanita dari golongan berpendapatan rendah (B40) dalam ekonomi negara.

Menurutnya, penubuhan Taska Komuniti dipercepatkan bagi membantu golongan wanita bekerja sekaligus dapat menambah pendapatan mereka.

“Pelbagai perkara melibatkan wanita yang diperbincangan, antaranya mengenai zakat, kedudukan wanita dalam pilihanraya, isu zakat, kesihatan dan banyak lagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori