Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Maut Dihempap...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman...

Hutang, Liabiliti Negara RM1.1...

KUALA LUMPUR – Hutang dan liabiliti negara berjumlah RM1.1 trilion setakat akhir tahun...

RM1.9 Bilion Subsidi, Insentif...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion...

Terengganu Masih Tunggu Baki...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri masih menunggu baki pembayaran royalti sekurang- kurangnya RM250...

Anis Percaya Gosip Raja Afiq ‘Tiduri’ Niena Fitnah

AKTRES Anis Al-Idrus menganggap isu grup WhatsApp palsu kononnya milik pelakon Niena Baharun yang mendedahkan wanita itu konon tidur bersama pelakon Raja Afiq adalah tidak logik dan fitnah semata-mata.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, dia tidak perlu sebarang penjelasan daripada kekasihnya berikutan perkara tersebut tidak berlaku.

“Gosip sudah menjadi lumrah dan paparan perbualan di grup WhatsApp palsu itu sudah terang-terangan adalah fitnah kerana ia langsung tidak logik.

“Saya tidak perlu minta penjelasan daripada dia kerana ia hanya gosip, buat apa nak perbincangkan masalah yang sememangnya tidak benar,” ujarnya kepada mStar Online.

Raja Afiq dan Niena Baharun.
Raja Afiq dan Niena Baharun.

Penyanyi lagu Mengapa ini ditanya mengenai isu apabila individu yang menyamar sebagai Niena Baharun dan mendakwa sudah tidur bersama pelakon gandingannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq.

Dalam satu mesej grup WhatsApp, individu itu memaklumkan dia dan Afiq menghabiskan masa bersama sepanjang malam sebelum pelakon lelaki itu pulang ke rumahnya pada pukul 10 pagi.

Individu terbabit juga meminta supaya peminatnya tidak menghebahkan hal itu kepada umum kerana tidak mahu menimbulkan masalah.

Paparan skrip kumpulan Whatsapp yang tersebar.
Paparan skrip kumpulan Whatsapp yang tersebar.

Dalam pada itu, Anis berkata, perkara tersebut juga tidak menjejaskan kepercayaan dan hubungan cintanya dengan aktor berkenaan.


“Ia langsung tidak menjejaskan hubungan kami. Malah kami hanya ketawa apabila cerita-cerita sebegini keluar.

“Saya juga selalu berfikir betapa rajinnya mereka di luar sana yang gemar membuat benda-benda sebegini seolah-olah mereka terlalu banyak masa terluang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anis berkata, sejak melangkah ke bidang seni, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai anak seni.

“Gosip sebenarnya jika kita lihat dengan kaca mata yang waras, ia terbahagi kepada positif dan negatif.

“Jadi terpulang kepada setiap individu, sejak menceburi industri saya sudah pun tanamkan bahawa saya perlu kuat menghadapi cabaran-cabaran sebegini,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori