Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tokan Dadah Di Teluk...

TELUK INTAN - Polis menahan seorang lelaki berumur 57 tahun dipercayai terlibat dalam...

Muhyiddin: Saya Tidak Akan...

Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata dia tidak berhasrat kembali semula ke pangkuan Umno...

Video: Pembaca Berita Jadi...

MALANG menimpa seorang pembaca berita ABC News 24, apabila baju yang dipakainya kelihatan seperti...

Pemuda Maut Kereta Dipandu...

KUANTAN - Seorang pemuda maut selepas kereta Proton Waja yang dipandunya terbabas melanggar...

Anjung Singgah Lebuh Chulia, Tempat Pilihan Gelandangan

GEORGE TOWN – Nasibnya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, lumpuh dan ditinggalkan suami.

Wanita berusia 30-an yang dahulunya eksekutif di syarikat swasta itu diabaikan suami selepas diserang angin ahmar yang menyebabkan beliau lumpuh pada bahagian badan kanan.

Pasrah dengan nasibnya, Nurul (bukan nama sebenar) kini menumpang teduh di Anjung Singgah, di Lebuh Chulia di sini, tempat perlindungan untuk mereka yang tiada tempat berteduh, hasil inisiatif kerajaan Persekutuan.

“Saya tiada tempat tinggal. Ibu saya penagih dadah, sudah 10 tahun dia menagih. Saya tidak mampu untuk hidup bersamanya,” tutur Nurul perlahan menceritakan kisah hidupnya kepada Bernama di Anjung Singgah di sini baru-baru ini.

Nurul yang tidak dapat melontarkan kata-kata dengan lancar berkata nasib seakan tidak menyebelahinya apabila beliau juga pernah mengalami keguguran anak kembar.

Nurul yang masih mengharapkan sinar kehidupan menjadi miliknya, berkata beliau dibawa ke Anjung Singgah, yang ditadbir Yayasan Kebajikan Negara (YKN) projek di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, oleh rakannya.

Anjung Singgah yang turut beroperasi di Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak itu merupakan pusat rujukan khidmat bantuan sosial bagi golongan gelandangan dengan objektif penubuhannya memberi khidmat bantuan penginapan dan perlindungan sementara untuk gelandangan terdampar yang tiada tempat tinggal dan pekerjaan.

Pegawai Operasi Anjung Singgah Pulau Pinang, Zulkifli Yaacob berkata Anjung Singgah menyediakan rawatan perubatan kepada Nurul dengan merujuknya ke Hospital Pulau Pinang selain membawa wanita itu berurut.


Beliau berkata, pada masa sama pihaknya juga menguruskan bantuan zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan beban wanita itu.

Anjung Singgah Pulau Pinang memulakan operasinya pada 9 Jun 2014 dengan tumpuan kepada khidmat sosial iaitu menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum dan pakaian kepada golongan yang memerlukan.

“Penekanan juga diberi kepada aspek kaunseling dan motivasi dalam meningkatkan daya juang mereka dalam kehidupan komuniti…kami juga membantu mereka dalam mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata tempoh tinggal di Anjung Singgah ialah 14 hari tetapi jika mereka (penghuni) masih memerlukan lanjutan, ia akan dipertimbangkan mengikut keadaan semasa.

Zulkifli berkata selain masalah tiada tempat tinggal dan tiada pekerjaan, mereka yang mendaftar masuk juga mempunyai sejarah silam tertentu dan tidak terkecuali daripada mereka yang dahulunya hidup senang sebelum menjadi gelandangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori