Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selamba Lakukan Seks Di...

MUNGKIN sudah hilang sifat malu atau mahukan aksi seks lebih ekstrem, sepasang kekasih...

Penderma Organ Dalam Kalangan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menggesa lebih ramai golongan muda tampil menjadi pengikrar penderma...

Kelab Free Read Sandakan...

SANDAKAN - Sekumpulan anak muda mengambil insiatif menubuhkan kelab ‘Free Read’ bagi memupuk...

Mahasiswa Boleh Cari Duit...

RASANYA kebanyakan kita merasakan zaman belajar di universiti ataupun di kolej adalah waktu...

Apa Yang Elly Marah Sangat? Saya Bukan Perampas – Faye

SELEPAS tampil mengakui bekas suami Elly Mazlein, Pengarah Azmi Hatta merupakan kekasihnya kini, pelakon Faye Kusairi melahirkan rasa bingungnya dengan tindakan Elly yang memarahinya seolah-olah merampas bekas suami penyanyi itu.

Baca: Faye Kusairi Akui Bercinta Bekas Suami Elly Mazlein

Juga: ‘Terima Kasih Kak Faye, Jaga Azmi Baik-Baik’

Memetik artikel sebuah portal hiburan, Faye berkata: “Saya nak tahu juga apa yang Elly marah sangat kepada saya? Saya bukannya perampas. Saya dengan Azmi mula serius baru-baru ini sahaja. Hubungan kami masih terlalu baharu lagi.

“Sebab itu saya nafikan yang saya ini menjadi punca kepada penceraian mereka. Saya masih ada otak untuk berfikir. Saya bukannya jenis yang akan kacau hal rumah tangga orang lain,” katanya.

Apa Yang Elly Marah Sangat? Saya Bukan Perampas - Faye

Faye sebelum ini menjelaskan dia hanya mula mengenali rapat dengan Azmi selepas dua bulan lelaki itu bercerai dengan Elly iaitu pada Disember tahun lalu.

Selepas pengakuan Faye bercinta dengan Azmi, Elly memuat naik satu status sarkastik di Instagramnya, mendoakan agar Faye bahagia dan menyuruh aktres itu menjaga Azmi dengan baik.


Elly dan Azmi bercerai pada 15 Oktober 2015 selepas 11 bulan berumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tujuh bulan. – MYNEWSHUB.CC

Apa Yang Elly Marah Sangat? Saya Bukan Perampas - Faye
Elly Mazlein dan anaknya, Putri Sara Sefhia.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori