Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pesilat Hanya Layak Masuk...

KUALA LUMPUR - Golongan pesilat hanya layak masuk `bakul sampah' sejarah Malaysia!Demikian sindiran...

Nelayan Hilang Selepas Terjatuh...

JOHOR BAHRU - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di...

Hina Raja: Jangan Buat...

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran kepada mana-mana pihak...

Lebih 2,000 Kg Sampah...

SEMPORNA - Sampah seberat 2,337 kilogram berjaya dikutip 207 sukarelawan dalam tempoh sejam...

Aplikasi Cangkul Warrior Kini Boleh Dimuat Turun

SEJAK kemunculannya di Play Store, hampir 1,000 pengguna telah memuat turut permainan ‘Cangkul Warrior’ menerusi telefon pintar dan tablet masing-masing.

Aplikasi permainan ini dipercayai diinspirasikan oleh tindak-tanduk individu yang menyerang seorang kakitangan SAJ Holding Sdn. Bhd. (SAJ) baru-baru ini, iaitu dengan menggunakan cangkul.

Cangkul Warrior membawakan cara permainan seakan menyerupai aplikasi GTA di mana pengguna perlu tap pada skrin untuk mangawal watak ‘Hero’ menempuh halangan, serta mencatatkan markah yang paling tinggi melaluinya.

Aplikasi Cangkul Warrior Kini Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Cangkul Warrior Kini Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Cangkul Warrior Kini Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Cangkul Warrior Kini Boleh Dimuat Turun


Pengguna juga akan mendapat markah bonus sekiranya berjaya menjumpai meter pili air dan segala objek di dalam permainan ini adalah selamat untuk dimusnahkan.

Melalui pemerhatian kami, permainan yang direka dengan ciri dua dimensi (2D) ini mempunyai kualiti grafik yang agak baik.

Memaparkan latar belakang seakan-akan di sebuah kawasan perkampungan, ia turut hadir dengan sokongan paparan iklan dan rata-rata pengguna yang mencuba aplikasi tersebut memberikan reaksi dan maklm balas positif.

Sejak disenaraikan dalam Play Store pada Ahad, ia telah mendapat 4.9 daripada 5 bintang berdasarkan ulasan pengguna. – MYNEWSHUB.CC


TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori