Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Letupan: Jangan Buat Spekulasi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar...

Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet mengesahkan hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan...

Oxford Pilih ‘Brain Rot’...

MOSCOW - Oxford University Press memilih istilah slanga 'brain rot' sebagai perkataan tahun...

TLDM Kendali Operasi Kapal...

SANDAKAN - Pengoperasian Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ), pangkalan laut mudah alih...

APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan Vietnam ditahan dalam Ops Perkasa Timur selepas cuba menyogok pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (APMM) dengan wang RM10,000 dan 11.5 juta Dong (RM276), Selasa lepas.

Nelayan berkenaan bersama tujuh nelayan lain termasuk seorang tekong sebelum itu ditahan ketika sedang melakukan aktiviti tunda ganding pada pukul 6.09 petang di kedudukan kira-kira 50 batu nautika dari Kemaman, Terengganu.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee dalam kenyataan hari ini berkata, selain cubaan memberi rasuah, dua daripada nelayan tersebut turut tidak mempunyai permit menangkap ikan yang sah, permit awak-awak yang meragukan serta gagal mempamerkan lesen yang sah.

“Kesemua nelayan warga Vietnam itu berumur antara 19 dan 42 tahun. Hasil pemeriksaan di bot mereka juga mendapati terdapat sejumlah ikan yang dianggarkan 10 tan metrik, ikan baja empat tan metrik dan sotong kering kira-kira 250 kilogram,” katanya.


Menurut Mamu, bot tersebut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 manakala nelayan yang cuba memberi rasuah akan disiasat di bawah Akta SPRM kerana cuba menyogok wang kepada pegawai APMM dengan tujuan untuk melepaskan diri daripada ditahan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori