Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengangkutan Kargo Kereta Api...

BANGKOK - Usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia-Thailand dapat dicapai jika kedua-dua...

Angkat Sumpah Menteri Besar...

MAJLIS angkat sumpah Menteri Besar Kedah Ke-14 dijangka berlangsung pada Ahad ini selepas...

Kit Siang Perlu Henti...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

1,877 Kes Baru, Dua...

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 1,877 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan keseluruhan kepada 4,500,934.Ikuti...

AS Hukum Penumpang Bawa Note 7 Dalam Pesawat

WASHINGTON DC – Penumpang dan kru penerbangan di Amerika Syarikat (AS) dilarang membawa masuk telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 ke dalam pesawat.

Arahan kecemasan terkini itu dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan AS sebagai reaksi kepada laporan peranti tersebut boleh terbakar.

Arahan itu yang berkuat kuasa mulai tengah hari Sabtu, menyatakan telefon berkenaan tidak boleh dibawa masuk atau diletakkan dalam beg yang didaftar masuk ke dalam pesawat untuk penerbangan ke atau dari AS atau dalam negara.

Ia juga tidak boleh dikirim menerusi kargo udara.

Jabatan itu pada awalnya menyatakan penumpang yang cuba menaiki pesawat dengan membawa telefon berkenaan mungkin didenda, tetapi kemudian menjelaskan mereka tidak dibenarkan sama sekali menaiki kapal terbang.

Penumpang yang cuba melanggar arahan dengan memasukkan ia ke dalam bagasi yang didaftar masuk berkemungkinan menjadi subjek pendakwaan jenayah selain denda.

Menurut jabatan itu, memasukkan telefon berkenaan ke dalam bagasi yang didaftar masuk meningkatkan risiko ‘malapetaka’.

Penumpang yang memiliki Galaxy Note 7 perlu menghubungi Samsung atau operator selular untuk mendapatkan maklumat mengenai cara mengembalikan telefon mereka untuk mendapatkan wang semula atau menggantikan dengan telefon lain.


Samsung menarik balik lebih 2.5 juta telefon bimbit itu kerana mengalami masalah bateri. Syarikat Korea Selatan itu tidak meneruskan pengeluaran awal minggu ini, tidak sampai dua bulan selepas mula dijual pada Ogos lalu.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna menyatakan ada hampir 100 laporan bateri Galaxy Note 7 menjadi terlampau panas di AS. Satu bateri meletup dalam pesawat Southwest Airlines awal bulan ini.

Dalam satu lagi kes, satu keluarga di Florida kehilangan Jeep mereka yang musnah terbakar selepas mereka meninggalkan Galaxy Note 7 di dalamnya untuk dicas. – AP

Sumber: BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori