Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bersiap Sedia Perubahan Iklim,...

NEW YORK - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, komuniti antarabangsa perlu memberi perhatian...

Bahana Kerap Pakai Heels,...

RASANYA baru sahaja pelakon, Zara Zya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian...

Pekerja Hospital Patah Mayat...

ORISSA - Satu video menunjukkan pekerja hospital mematahkan mayat seorang wanita tua supaya...

Tambah 8 Minit Waktu...

JABATAN Mufti Kedah mengumumkan perubahan waktu solat Subuh dan Imsak bagi seluruh negeri...

ATM Hantar Hospital Bergerak Ke HSA Hari Ini

JOHOR BAHRU – Penghantaran bantuan hospital bergerak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akan dilakukan hari ini, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata penghantaran itu termasuk satu unit dewan bedah.

“ATM bersedia membantu semantapnya demi kesejahteraan rakyat Johor.

“Oleh itu, bantuan hospital bergerak termasuk dewan pembedahan akan digerakkan ke HSA hari ini. Ia akan beroperasi sepenuhnya pada Isnin ini, sebagaimana yang diperlukan pihak hospital,” kata Zulkifeli kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan meminta bantuan ATM untuk menempatkan dewan pembedahan bergerak di HSA bagi membolehkan pembedahan kecil dilakukan.


Keperluan ini timbul berikutan kebakaran pada pagi Selasa, yang meragut nyawa enam pesakit iaitu empat wanita dan dua lelaki yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan HSA manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan.

Dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi di wad itu cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori