Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pantai Tanjung Dawai Dicemari...

SUNGAI PETANI : Pantai Tanjung Dawai, Merbok di sini yang sepatutnya indah setiap...

549 Veteran Tentera Tak...

KANGAR - Seramai 549 veteran tentera tidak berpencen di Perlis menerima Bantuan Bakti...

Dewan Negara Lulus RUU...

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023...

Rumah Diroboh, Terpaksa Tinggal...

SUNGAI BULOH - Penduduk berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras kecewa tindakan Kerajaan Negeri...

Ayda Jebat Artis Paling Popular APM 2016

SINGAPURA – Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat muncul Artis Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2016, di sini lewat Jumaat, menewaskan bintang Singapura dan Indonesia.

Ayda yang popular dengan lagu Pencuri Hati mengetepikan pencabar seperti Afgan, Yuna dan Taufik Batisah, yang turut dicalonkan dalam kategori sama.

“Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya.

“Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia,” katanya.

Ayda kelihatan terkejut dan hampir hilang kata-kata ketika berucap di pentas. Dia menjadi antara bintang yang menarik perhatian ramai dengan pencalonan dalam lima kategori.

Pelakon drama Rindu Awak 200 Peratus itu turut menganggap kemenangan itu sebagai pembakar semangat.

Ayda juga mendedikasikan kemenangan itu buat kelab peminatnya AJ Screamers, yang menjadi tulang belakang kerjaya seninya.

Ayda yang terkenal dengan tagline ‘muahciked’ turut mengungguli kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati serta Ikon Media Sosial.


Sementara itu, Yuna diangkat sebagai penerima Anugerah Rentas Planet atas kecemerlangan kerjaya muziknya yang merentasi pasaran antarabangsa.

Yuna mengucapkan terima kasih dengan penganugerahan yang dianggap antara tertinggi dalam kerjayanya melalui rakaman video.

“Terima kasih kepada APM yang menghargai saya dan ini anugerah sangat bermakna bagi kerjaya seni saya,” katanya.

Yuna tidak dapat hadir kerana sedang mengadakan siri jelajah persembahannya di Amerika Syarikat (AS). Selain itu, komposer dari Malaysia, S Atan diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas APM 2016. – BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori