Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kevin Lam CEO Baharu...

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd (HLBB) melantik Kevin Lam Sai Yoke sebagai...

Idam Watak Lelaki Melayu,...

MUNGKIN ramai yang masih belum lagi mengenali pelakon baharu yang juga model tempatan,...

2,027 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini hari ini mencatatkan...

27 GRO, Tukang Urut...

SHAH ALAM - Polis menahan 27 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan...

Ayda Jebat Ungguli Trofi APM Kerana Beli Undi?

BAHARU beberapa tahun berada dalam industri seni, penyanyi Ayda Jebat mengejutkan ramai baru-baru ini apabila menang besar dalam Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) sekali gus, menewaskan bintang ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza

Dek kerana itu, ada yang mula mempertikaikan kemenangan Ayda kerana merasakan terdapat unsur-unsur beli undi gara-gara Ayda merupakan duta kepada salah satu produk kepada sebuah jenama kosmetiknya, House Of Dre, yang juga merupakan penaja bersama dalam majlis gemilang itu.

Produser dan usahawan kosmetik jenama itu, Datuk Rafiena Ezanee Ramli, bagaimanapun menafikan kemenangan Ayda Jebat disebabkan membeli undi.

“Kami tidak pernah membeli undi untuk meletakkan Ayda sebagai salah seorang penerima anugerah. Lagipun budaya membeli undi adalah sesuatu tidak sihat untuk diamalkan.

“Untuk APM 2016, kami menaja produk spa keluaran House Of Dre, bukan siri wangian yang membabitkan Ayda,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ayda menyifatkan kemenangannya membawa pulang trofi itu adalah hasil usaha keras kelab peminatnya AJ Screamer yang mengundi dan memberi sokongan padu kepadanya.

“Mereka sanggup lakukan apa saja termasuk sanggup tidak tidur untuk terus mengundi saya. Mereka memang luar biasa.


“Tidak adil untuk mempertikaikan kemenangan itu dan bising-bising kalau tidak berusaha atau dalam kata lain tak mengundi,

“Kalau ikut jumlah penduduk memang satu cabaran besar dan mustahil dalam pertandingan membabitkan undian.

“Hakikatnya, kesungguhan untuk mengundi itu paling utama, ramai pun kalau tidak undi tidak guna juga,” katanya.

Pada APM2016, Ayda meraih tiga kemenangan menerusi kategori undian peminat iaitu Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular (Pencuri Hati) dan Ikon Media Sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori