Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

`Keputusan Saya Telah Selamatkan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan...

Mengapa UPM Anugerah Hampir...

Berikut kenyataan oleh Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin:Hairan kenapa...

Sumbangsaran Inap Desa Dicadang...

LANGKAWI - Satu pertemuan sumbangsaran akan diadakan di Melaka tidak lama lagi bagi...

RCI Forex BNM: Adakah...

APAKAH penjelasan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada RCI melalui kenyataan bertulisnya itu...

Azizan Miliki PhD Dari AS, Diperdaya ‘Orang’ UM

SYARIKAT Richworks kini tampil membuat penjelasan sekali lagi selepas seminggu kontroversi mengenai kelulusan pakar motivasi, Azizan Osman yang didakwa memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti tempatan.

Dalam kenyataan syarikat yang diasaskan oleh Azizan itu, ia mengakui memiliki kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Malahan, mereka mengakui Azizan telah memenuhi syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan konvokesyen akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sementara itu, mengenai Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya yang dilaporkan dimiliki pakar motivasi itu, syarikatnya menjelaskan Azizan telah ‘disasarkan’ dan diperdaya oleh pihak yang bukan mewakili universiti berkenaan.

“Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat. Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami.

“Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (UIKL) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai rujukan kepada  Azizan  yang tidak pernah beliau akui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebagai sebuah organisasi, mereka khuatir dengan keadaan serius ini dan telah melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi berkenaan dengan segera.


Menurutnya, kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Azizan.

Jelasnya, mereka komited terhadap menegakkan integriti organisasi dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

Sebelum ini, tiga universiti tempatan iaitu UM, UKM dan UIKL menafikan menganugerahkan Ijazah Falsafah Kedoktoran kepada Azizan seperti yang dipaparkan dalam profilnya di laman web syarikat Richworks.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori