Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Usahasama Rentas Sempadan: Proton...

KUALA LUMPUR - Peralihan Proton Holdings Bhd daripada​​ ​​​​​pemilikan tunggal oleh satu negara...

Nak Kurus Punya Pasal,...

FUHHH… Dalam beberapa bulan ini sahaja nama pelakon jelita, Uqasha Senrose dilihat sudah...

Impression of Technology on...

If you favor the job must be certain to assist you to make...

Kadar Jangkitan COVID-19 Pada...

KUALA LUMPUR - Kadar jangkitan baharu COVID-19 pada 9 Jun ini bakal menjadi...

B40 Terus Dibela, Pelbagai Inisiatif Dalam Bajet 2017

KUALA LUMPUR – Kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) terus mendapat pembelaan dalam Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini menerusi pelbagai program dan inisiatif.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara inisiatif itu ialah MyBeautiful New Home yang diperuntukkan RM200 juta untuk pembinaan sebanyak 5,000 unit rumah berharga RM40,000 hingga RM50,000 seunit sebagai permulaan.

“Menariknya, kerajaan akan membiayai RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik.

“Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan kerajaan negeri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula akan membina sebanyak 9,850 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan sebanyak RM134 juta disediakan untuk tujuan itu pada tahun hadapan.

Sementara itu, katanya, 11,250 unit PPR sedang dalam pembinaan dan RM576 juta disediakan untuk projek itu yang setiap unit akan dijual dengan harga antara RM35,000 hingga RM42,000.

Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat terutamanya golongan B40, perdana menteri berkata sebanyak RM275 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan empat program.


Katanya, ia merangkumi RM45 juta untuk memperluaskan program MySuria, RM30 juta untuk program Mobilepreneur oleh GiatMara, RM100 juta untuk program Agroprenuer dan RM100 juta untuk menggiatkan program eUsahawan dan eRezeki di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

Dalam pada itu, bagi membantu B40 khususnya penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia menjana pendapatan tambahan, Najib berkata kerajaan menggalakkan mereka menjadi pemandu ‘ride-sharing’ (mengambil penumpang berbayar) seperti pemandu Uber terutama bagi yang memiliki kenderaan sendiri.

Katanya mereka yang tidak memiliki kenderaan pula boleh membuat bayaran pendahuluan menggunakan BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz.

“Pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan sekiranya memandu separuh masa antara 10 hingga 40 jam seminggu dan RM4,300 sekiranya melebihi 40 jam seminggu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori