Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jualan Tiket Final Kedua...

KUALA LUMPUR - Penyokong skuad Harimau Malaya boleh membeli tiket final kedua Piala...

Ronaldo Tuntut Gaji £500,000...

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan memecah rekod dunia dengan menuntut gaji...

Desak AS Berhenti Jadi...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) hari ini berhimpun di Kedutaan Amerika...

Ukraine Lancar Tabung Dana...

KYIV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah menemui alternatif terbaharu membiayai dana perang...

Badan Kawal Selia, Penguatkuasaan Perlu Tadbir Urus Baik

BANGI – Kelestarian melalui tadbir urus yang baik akan menjamin sesebuah institusi terutamanya badan kawal selia dan penguatkuasaan berfungsi mengikut matlamat penubuhan yang berlandaskan piawaian, peraturan dan undang-undang.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah apabila warga sesebuah institusi mempunyai jati diri dan nilai keperibadian yang tinggi sebagai pegangan, mereka akan dapat memandu serta membentuk sistem tadbir urus yang baik bagi institusi tersebut.

Baginda bertitah institusi persendirian atau swasta juga tidak terlepas daripada tanggungjawab tadbir urus yang baik kerana mereka adalah sebahagian daripada rantaian yang membentuk sesebuah negara.

“Ini secara langsung dapat membendung kemerosotan nilai dan standard di dalam sesebuah institusi untuk memastikan ia terus kukuh serta dinamik mengikut keperluan dan keadaan semasa,” titah baginda pada Majlis Syarahan Canselor Tuanku Muhriz di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Syarahan tahunan kali pertama itu disampaikan oleh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dengan tajuk ‘Building Sustainable Institutions: Good Governance Matters’.


Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengenai syarahan tahunan itu, Tuanku Muhriz bertitah ia bermatlamat menjadi mercu kepada kesarjanaan melalui wacana keilmuan yang dapat memberi penyelesaian berkesan terhadap pelbagai persoalan.

“Siri syarahan itu juga diharap terus memperkaya pelbagai korpus ilmu bagi memberi manfaat besar dan positif kepada kehidupan masyarakat melalui perkongsian yang luas oleh tokoh dan sarjana ternama,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori