Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hanya Bunga Api `Pop-Pop’,...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan `Gong Xi Fa Cai' dan...

KPDNKK Tambah Empat Kategori...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memasukkan empat...

Tourism M’sia & Jin...

KOTA KINABALU - Tourism Malaysia dengan kerjasama Jin Air, anak syarikat penerbangan tambang...

Warga Emas Lintas Jalan...

ALOR SETAR : Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian...

Bajet 2017 Akan Utamakan Kepentingan Rakyat

SUNGAI PETANI – Pembentangan Bajet 2017 yang dijadualkan pada akhir bulan ini akan mengutamakan kepentingan rakyat, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mohd Irwan Serigar berkata, banyak langkah-langkah yang akan diumumkan bakal memberikan manfaat kepada semua golongan khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

“Akan ada ‘allocation’ yang besar yang disediakan untuk keusahawanan di seluruh negara sebab kita rasa potensinya amat besar, daripada bekerja dengan orang, baik kita cipta usahawan yang kemudiannya akan mencipta peluang kerja kepada individu lain,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri program Bumipreneurs Of Tomorrow (Bahtera) 2016 Edisi Utara di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan sentiasa berfikir di luar kotak tentang bagaimana untuk memajukan negara dan dalam masa sama mengekalkan keadaan itu.


“Justeru itu, bandar-bandar kecil termasuk Sungai Petani, kita akan majukan keusahawanan yang melibatkan anak tempatan di bandar ini, selepas itu mereka boleh maju ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori