Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pavithra Serah Surat Tarik...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah...

Kerajaan Peruntuk RM2.4j Bina,...

MELAKA - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM2.4 juta bagi program membina dan membaiki...

Banjir Mula Melanda Kawasan...

PATTANI - Banjir mula melanda kawasan perdagangan di bandar Pattani ekoran hujan lebat...

UMNO Perlu Bersatu, Tiada...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta agar...

Bajet 2017 Bukan Sembang ‘Kedai Kopi’ – Datuk Othman Aziz

ALOR SETAR – Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan dan bukan sekadar sembang ‘kedai kopi’, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz.

Othman berkata dakwaan pihak tertentu yang menyatakan kerajaan tidak mampu untuk melaksanakan Bajet 2017 berikutan negara akan bankrap adalah tidak benar.

“Saya ingin tegaskan, apa yang dibentangkan dalam Parlimen semalam akan dilaksanakan kerajaan setelah semua aspek diteliti.

“Apa yang dibentangkan sudah masuk Parlimen dan rakyat Malaysia turut sama mendengar pembentangan tersebut, jadi kalau tidak dilaksanakan ia akan menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ) di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dan negara.

Sementara itu, Othman menolak dakwaan bahawa Kedah tidak menerima apa-apa peruntukan dalam pembentangan Bajet 2017.


“Dakwaan itu tidak benar kerana Kedah ada menerima peruntukan tetapi tidak diumumkan secara terbuka kerana ia akan disalurkan melalui kementerian-kementerian.

“Maklumat terperinci mengenai bajet akan dikupas dalam tempoh seminggu ini cuma kita tidak tahu kecil atau besar peruntukan yang kita akan dapat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata MADA menyambut baik keputusan kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi, baja padi dan termasuk padi bukit.

“Industri padi negara sememangnya memerlukan subsidi dan apabila dikekalkan ia menunjukkan bahawa kerajaan sangat mementingkan industri padi yang menjadi jaminan bekalan makanan negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori