Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kaji Kelonggaran Diberi Kepada...

SEREMBAN - Kerajaan perlu mengkaji semula beberapa kelonggaran diberikan kepada orang ramai seperti...

Agong Sambut Baik Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut...

Masyarakat Tionghua Di Kemaman...

KEMAMAN - Sebanyak 2,028 masyarakat Tionghua di parlimen Kemaman hari ini menerima bantuan...

Jadikan Kesukarelawanan Budaya Rakyat...

KUALA LUMPUR – Detik 19 Ogos diiktiraf sebagai Hari Kemanusiaan Sedunia oleh Pertubuhan...

KKLW Komited Perkasa P’bangunan Luar Bandar

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tekad memperkasa aspek pembangunan luar bandar menerusi peruntukan RM9 bilion yang diterimanya dalam Bajet 2017.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan keseluruhan KKLW itu akan dimanfaatkan untuk infrastruktur, prasarana, ekonomi, perumahan dan pendidikan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM5.8 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Pada 2016, KKLW diberi peruntukan RM4.5 bilion yang menunjukkan peningkatan 21.7 peratus (berbanding tahun depan).

“Ini dapat mengurangkan jurang pembangunan dan migrasi penduduk desa ke bandar untuk mencari pekerjaan,” katanya pada sidang media khas Bajet 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata antara bidang pembangunan yang akan diberi tumpuan oleh KKLW adalah program keusahawanan melibatkan program Usahawan Mobilepreneur dan Pembiayaan Perniagaan.

Sambil menyifatkan bajet itu sebagai bajet berpaksikan rakyat, Ismail Sabri berkata KKLW komited menangani isu kos sara hidup masyarakat luar bandar dengan membina infrastruktur yang selesa dan holistik.


“Bajet kali ini seiring dengan Transformasi Luar Bandar iaitu ‘Membandarkan Luar Bandar’. Ini akan menjadikan kawasan luar bandar lebih kondusif dengan dilengkapi pelbagai aksesibiliti dan kemudahan seperti infrastruktur, pembangunan modal insan dan ekonomi,” katanya.

Mengenai Bantuan Musim Tengkujuh yang baru diperkenalkan kepada pekebun kecil dan penoreh getah, beliau berkata ia mampu menampung bebanan kos sara hidup golongan itu yang hilang punca pendapatan akibat bencana itu.

“Ini kaedah baik yang diberikan kerajaan untuk membantu ketika mereka hilang punca pendapatan selain menyuntik semangat bagi mereka menjalani kehidupan,” katanya.

Dalam Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenal Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan bermula November, yang dapat memanfaatkan 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori