Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Janna Nick Sambut Ramadan,...

PELAKON Janna Nick memberitahu sambutan Ramadan dan Syawal untuk kali ini memberikan pengalaman...

Petugas Di IPK Sarawak...

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun awal hari ini yang...

Tendang Wanita…Polis Ambil Serius

LELAKI yang menendang pekerja penghantar makanan wanita di Puchong, Selangor, kelmarin, akan dituduh...

Tidak Letak Tanda Harga,...

KOTA KINABALU - Peniaga bazar Ramadan di Kinarut, Papar yang tidak meletakkan tanda...

Bajet 2017 Penuhi Keperluan Pendidikan Semua Kaum

BERA – Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memenuhi keperluan pendidikan rakyat semua kaum, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata antara intipati dalam bajet itu yang rakyat boleh nilai adalah kerajaan memperuntuk RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, SJK Cina, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains Mara.

“Ini menunjukkan pengagihan peruntukan bagi tujuan pembangunan pendidikan di negara ini, kerajaan tidak pernah membeza-bezakan kaum, semua mendapat peruntukan sama rata,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di kawasan Parlimen Bera, di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata usahawan India turut diperkasakan dalam bajet itu dengan program pembiayaan perniagaan menerusi Tekun Nasional (Tekun).

“Kita di bawah KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) pula tertumpu (kepada pelaksanaan) projek di kampung dan kita boleh memberikan peruntukan dengan sama rata kepada kaum India di kawasan luar bandar,” katanya.


Dalam Bajet 2017, kerajaan memberikan peruntukan RM50 juta kepada sekolah berkenaan untuk Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

Selain itu, bagi masyarakat India pula, RM50 juta diperuntukkan kerajaan untuk program peningkatan kapasiti dan pendapatan serta RM150 juta lagi bagi program pembiayaan perniagaan melalui Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori